30 Jun 2017 - 10:41

Rumah Putih mengesahkan bahawa Presiden Donald Trump akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Presiden Vladimir Putin pada minggu hadapan di dalam sidang kemuncak G20 dalam rangka "mencapai hubungan yang lebih membina" di antara kedua-dua negara.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rumah Putih mengesahkan bahawa Presiden Donald Trump akan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Presiden Vladimir Putin pada minggu hadapan di dalam sidang kemuncak G20 dalam rangka "mencapai hubungan yang lebih membina" di antara kedua-dua negara.

Penasihat Keselamatan Kebangsaan, H.R McMaster berkata pertemuan pennting di antara kedua-dua pemimpin dunia tersebut akan mengambil tempat di Hamburg, Jerman.

"Sebagai seorang presiden, beliau telah menjelaskan bahawa beliau mahu Amerika Syarikat dan para pemimpin dunia Barat untuk membentuk hubungan yang lebih membina dengan Rusia," kata McMaster.

"Akan tetapi, beliau turut menjelaskan bahawa kami akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk berhadapan dengan sikap Rusia yang mengganggu kestabilan," tambahnya.

Trump berada di dalam tekanan untuk memihak kepada perkhidmatan perisikan negara A.S yang menuduh Rusia melakukan campur tangan di dalam pilihan raya presiden tahun 2016. Trump dan Kremlin secara keras menafikan tuduhan tersebut.

McMaster walau bagaimanapun enggan membuat ulasan sama ada kedua-dua pemimpin dunia itu akan berbincang berhubung campur tangan Kremlin di dalam pilihan raya tersebut.

Hubungan di antara pentadbiran Trump dengan Rusia termasuk komunikasi beberapa penasihat kanan Presiden A.S dengan Moscow menarik perhatian penyiasat yang sedang mencari bukti berkaitan campur tangan Rusia di dalam proses politik negara Barat itu. -ABNA24

/315